(PJM 3106) PENGUNCUPAN OTOT  RANGKA
Otot rangka tidak semestinya memendek apabila menguncup.

(i) Penguncupan isometrik (statik)
Menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan statik.
Contoh: menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok tetapi dinding tidak dapat bergerak dan otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku.

(ii) Penguncupan isotonik
Fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak dan boleh berlaku secara konsentrik (pemendekan fiber-fiber otot) atau ensentrik.
Contoh: penguncupan bisep semasa mengangkat dumbbell.

(iii) Penguncupan isokinetik
Fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.
Contoh: penggunaan mesin multi-gym.

CIRI-CIRI OTOT RANGKA
1. Kebolehujaan (irritability)
Kemampuan otot bergerak balas terhadap rangsangan dengan mudah dan cepat.
2.Kebolehkuncupan (contractibility )
Kebolehan otot memendek apabila mengalami ransangan.
3. Kebolehpanjangan (extensibility)
Kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang asas.
4. Kebolehanjalan (elasticity)

Kemampuan otot kembali semula kepada panjang asal selepas memendek/memanjang.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia