(PJM 3106) SISTEM KARDIOVASKULAR

1. Fungsi
(i) Membantu membekalkan oksigen dan mengumuhkan karbon dioksida dari darah.
(ii) Sistem peredararan mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru.

2. Struktur dan Fungsi
(i) jantung terbina daripada otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh epikardium di permukaan luar dan endokardium di permukaan dalam.
(ii) Atrium – ruang penerima darah
       Atrium kanan – terima darah kurang oksigen daripada tisu-tisu tubuh.
       Atrium kiri – menerima darah kaya oksigen dari paru-paru.
(iii) Ventrikal – bertindak sebagai pam yang mengepam darah keluar dari atrium.
       Ventrikal kanan – mengepam darah ke paru-paru.
       Ventrikel kiri – mengepam darah ke seluruh tubuh badan
(iv) Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.
(v) Injap atrioventrikular (injap mistal dan triskupid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikal sahaja.
(vi) Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.
(vii) Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit yang dikawal oleh sistem saraf autonomik.

3. Peredaran Darah
(i) Kitaran Pulmonari
Membawa darah kurang oksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah kaya oksigen dikembalikan ke jantung.

(ii) Kitaran Sistemik
Membolehkan darah beroksigen serta bernutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung.

  

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia