Keobjektifan Tufat al-Nafis Karya Raja Ali Haji versi edited.
KEOBJEKTIFAN
TUFAT AL-NAFIS KARYA RAJA ALI HAJI
Pada pendapat saya, setelah membaca dan mengkaji isi
kandungan Tuhfat Al Nafis, saya mendapati pengarangnya, Raja Haji Ahmad dan
Raja Ali Haji kurang objektif dalam penulisan Tuhfat Al Nafis. Hal ini kerana
setelah meneliti kandungan Tuhfat Al Nafis, terdapat beberapa bukti dan
beberapa aspek yang menunjukkan pengarang kurang objektif dalam penulisannya kerana
penulis mempunyai sentimen pro Bugis. Tema Tuhfat Al Nafis lebih cenderung
cerita-cerita raja dan masyarakat Bugis atau lebih dianggap sebagai
Bugis-sentrik .
Hal ini dapat dilihat apabila pengarang bersifat
antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau. Pengarang
sebenarnya mempunyai hubungkait keturunan dengan kaum Bugis. Dalam hal ini
pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan Muda yang kedua iaitu Opu
Daeng Celak. Selain itu, pengarang juga memberi anggapan yang negatif terhadap
kaum Melayu.
“Syahadan apabila
dilihat oleh sesetengah suku-suku sebelah Melayu hal yang demikian itu, maka
terbakarlah hatinya oleh api hasad yang tertanam di dalam hatinya. “
Pengarang sebenarnya ingin mempengaruhi pembaca dengan
memasukkan elemen-elemen yang positif tentang Bugis dan menyebelahi Bugis.
Kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan keran pengarang lebih condong
terhadap kaumnya sendiri.
Selain itu, pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan
Tuhfat Al Nafis kerana penulis cuba menaikkan imej lima bersaudara Opu Bugis. Hal
ini dapat dilihat apabila pengarang cuba mempengaruhi pembaca mengenai
kehandalan pahlawan Bugis. Kecondongan Raja Ali terhadap semangat Bugis
menyebabkan beliau lebih menggambarkan tantang kehandalan pahlawan-pahlawan
Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat memegang
beberapa jawatan tinggi dalam tampuk pemerintahan kerajaan Melayu Johor pada ketika
itu. Dalam penulisan Tuhfat Al Nafis, pengarang cuba menyatakan bahawa setiap
kali campur tangan, Lima Bersaudara Opu Bugis berjaya menyelesaikan masalah
perebuhatan takhta antara dua pihak yang bersengketa. Selain itu, pengarang
juga mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahlawan Bugis dalam peperangan
dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah negeri di samping
menceritakan mereka adalah pahlawan yang gagah, berani dan tidak gentar
menghadapi musuh . Contohnya, pengarang ada menceritakan Lima Opu Besaudara
membantu Sultan Muhammad Zainuddin untuk mendapatkan takhta pemerintahan
Kerajaan Matan yang Sebelum ini dikuasai oleh Pangeran Agung.
Pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafis apabila pengarang cuba menjatuhkan maruah Raja Kecil dengan mempertikaikan cara kelahiran Raja Kecil.
Pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafis apabila pengarang cuba menjatuhkan maruah Raja Kecil dengan mempertikaikan cara kelahiran Raja Kecil.
“ Maka tatkala
baginda itu hampir mangkat, maka Encik Pong itu pun makan mani baginda itu
konon, waktu baginda itu datang berahikan isterinya peri, maka terpancarlah
mani baginda itu. Lalu disuruhnya makan kepada Encik Pong. Maka jadilah bunting
Encik Pong. “
Pengarang bersikap prejudis terhadap Raja Kecil dengan
mempersoalkan cara kelahiran Raja Kecil. Hal ini adalah kurang objektif kerana
cara kehamilan Encik Pong adalah sangat aneh dan tidak logik serta tidak dapat
diterima akal fikiran. Selain itu juga, pengarang cuba menghina cara Encik Pong
mengandungkannya. Di sini dapat dilihat bahawa pengarang cuba mempengaruhi
pembaca dengan menimbulkan konflik kepada pembaca mengenai Raja Kecil bukan
merupakan anak gahara iaitu anak kepada Sultan Mahmud Syah.
Di samping itu juga, kredibiliti pengarang juga turut dipertikaikan
kebenarannya dan dapat dilihat secara langsung kurang objektif apabila
memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Pengarang cuba menyatakan
susur galur keturunan mereka berasal dari Puteri Balkis.
“Adalah Sitti
Mallangkik itu pada setengah kaul Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis
konon.”
Perkataan ‘konon’ yang digunakan oleh pengarang telah
menimbulkan keraguan. Pengarang seolah-olah menggambarkan cerita yang
disamapaikan adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai oleh pengarang
sendiri. Pengarang juga keliru dengan penjelasan tersebut. Pada hakikatnya
Puteri Balkis tinggal di Saba yang merupakan sebuah kerajaan. Selain itu juga,
Puteri Balkis merupakan isteri kepada Nabi Sulaiman. Hal ini adalah mitos
semata-mata kerana pengarang ingin memberikan keabsahan tentang kedatangan
Bugis di Johor-Riau. Karya Melayu yang menggambarkan asal usul Bugis dapat
dilihat dalam Tuhfat Al Nafis dan salasilah Melayu dan Bugis. Kedua karya ini
mengisahakan kedatangan orang Bugis yang dihubungkan dengan mitos bahawa orang
Bugis di Tanah Melayu adalah keturunan Nabi Sulaiman yang menikah dengan Puteri
Balkis. Perkahwinan itu melahirkan seorang penguasa wanita yang bernama Sitti
Mallangik, yang berkuasa di Palangi(ada yang mengatakan Selangi). Wanita itu
kemudian menikah dengan Raja Bugis yang Berkuasa di Luwuq. Walaubagaimanapun,
kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan dan secara langsung pengarang dilihat
kurang objektif. Menurut Collingwood, ahli sejarah mesti membentuk semula
fikirannya apa yang telah berlaku dalam fikiran watak-watak yang hal mengenai
mereka ditulisnya . Pengarang memasukkan unsure-unsur mitos untuk
mengagung-agungkan kaum Bugis. Pengarang juga tidak dapat membuktikan kesahihan
cerita tersebut.
Selain itu, pengarang Tuhfat Al Nafis juga kurang
objektif berdasarkan cara kematian Raja Kecil. Ini kerana cara kematian Raja
Kecil serta keadaan Raja Kecil yang hilang akal akibat daripada terkena tulah’besi
kawi’. Pengarang menceritakan bahawa kedaulatan kerajaan Raja Kecil yang yang
merosot akibat apabila tercetusnya pergaduhan antara putera-putera Raja Kecil
untuk merebut takhta kerajaan Siak sejak sebelum kemngkatan baginda lagi.
Selain itu juga, pengarang juga menyatakan Raja Kecil menjadi telah menjadi
gila serta memungkiri perjanjian dengan Sultan Sulaiman. Ini adalah bercanggah
dengan Hikayat Siak yang menyatakan sebaliknya tentang kematian Raja Kecil.
Menurut Hikayat Siak, Raja Kecil menjadi gila disebabkan oleh beliau terlalu
sedih dengan kematian isterinya yang tercinta. Sementara itu, menurut Syair
Perang Siak ada menyatakan Raja Kecil gila bukan disebabkan oleh kematian
isterinya atau melanggar janji dengan Sultan Sulaiman . Sebaliknya Raja Kecil
menjadi bingung dan menghadapi tekanan akibat daripad persengketaan kedua-dua
puteranya yang merebut takhta kerajaan Siak. Syahadan di dalam hal itu antara
anak-anak itu selalu berbantah beratas-atasan. Maka kata Raja Alam, ‘Aku yang
tua, aku yang patut menjadi raja’, dan Tengku Mahmud, ‘Aku yang terlebih dahulu
patut menjadi raja kerana aku anak gahara. Maka di dalam hal itu mungkin
sehari, mungkin bertambah kharabatan . Ini dapat dinyatakan bahawa pengarang
kurang objektif tentang cara kematian Raja Kecil. Selain itu juga, pengarang
juga telah menimbulkan keraguan serta persoalan yang sebenarnya tidak tepat dan
bercanggah. Dalam hal ini, fakta yang ditulis oleh pengarang tidak semestinya
tepat kerana tiada bukti yang boleh dipastikan daripada peristiwa tersebut yang
boleh dipercayai.
Pengarang Tuhfat Al Nafis dilihat jurang objektif apabila
pengarang menyatakan bahawa Lima Bersaudar Opu Bugis berhijrah ke Johor-Riau
dan Tanah Melayu bukan kerana pencarian harta. Antara lima Bersaudara Opu Bugis
ialah Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Cellak
dan Opu Daeng Kemasi. Bagaimana pun, kedatangan Lima Opu Bersaudara itu
bertujuan untuk mencari harta kekayaan, kedudukan nama dan pengaruh yang kuat.
Di sini pengarang menggunakan penulisannya adalah untuk meningkatkan imej Bugis
semata-mata. Ini dapat dilihat setelah lama memberi khidmat setia kepada Sultan
Sulaiman , Opu Daeng Cellak telah dianugerahkan dengan gelaran Yang Dipertuan
Muda.ini dapat membuktikan bahawa penghijrahan mereka adalah untuk mencari
harta, peluang dan kedudukan nama dan juga mempunyai sokongan pengaruh. Hal ini
adalah bertentangan dengan penulisan Tuhfat Al Nafis. pengarang cuba
menonjolkan bahawa Bugis adalah baik. Ini kerana pengarang juga berketurunan
Bugis. Tujuan lima Bersaudara Opu ini datang berhijrah adalah untuk mendapatkan
harta, kedudukan, nama dan jaga kekuatan semata- mata.
Selain itu, penulisan Tuhfat Al Nafis adalah kurang
objektif kerana pengarang menjadikan penulisannya sebagai tempat meluahkan perasan.
Ini dapat dilihat apabila pengarang menjadikan Tuhfat Al Nafis sebagai tempat
untuk menceritakan kegiatan keluarga Siak-Minangkabau yang sudah sekian lama
menjadi musuh nenek moyang mereka. Disamping itu, juga, keturunan pengarang
bermusuhan dengan Raja Kecil atas perebutan Siak dengan Bugis. Selain itu juga,
pengarang juga menggunakan Hikayat Siak sebagai sumber rujukan untuk penulisan
Tuhfat Al Nafis. melalui penulisannya juga, pengarang cuba menaikkan imej Bugis
yang dianggap sebagai pahlawan yang handal dan mempunyai pengaruh yang kuat.
Selain itu, pengarang lupa bahawa permusuhan antara Raja kecil dan Raja Sulaiman semakin meruncing adalah disebabkan oleh campur tangan Bugis di Johor- Riau. Pada hakikatnya Bugis mempunyai agendanya yang tersendiri. Mereka bukanlah golongan yang berpengaruh seperti yang disangkakan. Oleh itu, pengarang menerapkan sentimen kebugisan kerana pengarang sendiri berketurunan Bugis.
Selain itu, pengarang lupa bahawa permusuhan antara Raja kecil dan Raja Sulaiman semakin meruncing adalah disebabkan oleh campur tangan Bugis di Johor- Riau. Pada hakikatnya Bugis mempunyai agendanya yang tersendiri. Mereka bukanlah golongan yang berpengaruh seperti yang disangkakan. Oleh itu, pengarang menerapkan sentimen kebugisan kerana pengarang sendiri berketurunan Bugis.
Pengarang juga dilihat kurang objektif apabila pengarang
cuba menyatakan bahawa suku kaum Melayu ada menyimpan persaan dengki terhadap
kaum Bugis yang dikatakan rapat dan baik dengan Sultan Sulaiman. Pengarang cuba
mempengaruhi pembaca dengan menyatakan kaum Melayu tidak baik dan tidak
menyebelahi mereka secara halus melalui penulisannya. Ini dapat dibuktikan
apabila pengarang menyatakan kaum Melayu termasuk Raja Terengganu dikatakan
membuat fitnah terhadap kaum Bugis untuk menghalau mereka daripada terus
tinggal di Johor Riau. Sealin itu, pengarang cuba meningkatkan imej Bugis
dengan menyatakan bahawa kaum Bugis lebih mulia daripada kaum lain yang ada di
Johor Riau. Di dalam Tuhfat Al Nafis juga ada menceritakan tentang pemeriksaan
yang dillakukan oleh Sultan Sulaiman terhadap fitnah yang dilakukan oleh kaum
Melayu adalah palsu semata-mata.
Walaupun penulisan Tuhfat al Nafis mempunyai kecondongan
tetapi berdasarkan penulisan pengarang terdapat juga keobjektifan dalam Tuhfat
al Nafis.Ini dapat dilihat apabila penulis menghuraikan tarikh yang tepat bagi
segala peristiwa kelahiran, kemangkatan dan pertabalan. Ini adalah keobjektifan
yang sebenar. Pengarang juga ada menghuraikan tentang tarikh kemangkatan Sultan
Mahmud. Syahadan apabila baginda itu mangkat maka segal orang-orang besar
negeri Johor pun mengangkatlah akan Datuk Bendahara Menjadi Raja Johor.
“Adalah mangkatnya
pada Hijrah sanat 1111 pada bulan Safar, hari Jumaat dan menggantikan
kerajaanlah Bendahara Tun Habib, pada delapan haribulan Rabiul Awal, hari
Khamis, waktu loha dan Raja Sulaiman pun lahir ke dunia pun waktu itu.”
Ini jelas dapat dilihat pengarang menggunakan sumber yang
benar dalam penulisannya tanpa condong kepada mana-mana pihak.
Selain daripada sistem pentarikhan, penggunaan ‘aku’ dalam penulisan pengarang
adalah objektif. Ini kerana pengarang berada ditempat kejadian dan pengarang
mengalami sendiri kejadian tersebut. Disamping itu juga ia menunjukkan
pengarang menunjukkan peristiwa itu berlaku depan mata pengarang sendiri. Ini
dapat dilihat apabila pengarang sendiri menyatakan:
“…demikianlah khabar
dari orang tua entahkah apa ertinya aku pun tak tahu. Wallahua’lam mana-mana
aku lihat dan aku dengar dan aku lihat dalam sejarah itulah yang aku suratkan. “
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan terhadap Tuhfat Al Nafis, pengarang adalah kurang objektif terhadap penulisannya. Pengarang iaitu Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengarang condong kepada kaum Bugis iaitu pengarang sendiri merupakan keturunan Bugis. Oleh yang demikian, pengarang bersifat antagonis terhadap kaun lain. Jadi jelaslah bahawa penulisan Tuhfat Al Nafis sebenarnya kurang objektik walaupun terdapat keobjektifannya.
Comments
Post a Comment