Nota Ringkas:Komunikasi Interpersonal


Komunikasi interpersonal adalah proses pertukaran maklumat di antara seseorang dengan paling kurang seorang lainnya atau biasanya di antara dua orang yang dapat langsung diketahui balikannya. (Muhammad, 2005,p.158-159).
Menurut Devito (1989), komunikasi interpersonal adalah penyampaian maklumat oleh satu orang dan penerimaan maklumat  oleh orang lain atau sekelompok kecil orang, dengan pelbagai kesannya dan dengan peluang untuk memberikan maklum balas segera (Effendy,2003, p. 30).

Komunikasi interpersonal adalah komunikasi antara orang-orang secara bersemuka, yang memungkinkan setiap penuturnya  menangkap reaksi orang lain secara langsung, baik secara lisanl atau bukan lisan. Komunikasi interpersonal ini adalah komunikasi yang hanya dua orang, seperti suami isteri, dua rakan sejawat, dua sahabat handai, guru dan murid dan sebagainya (Mulyana, 2000, p. 73)
Menurut Effendi, pada hakikatnya komunikasi interpersonal adalah komunikasi antara komunikator dengan komunikan, komunikasi jenis ini dianggap paling efektif dalam upaya mengubah sikap, pendapat atau perilaku seseorang, karena sifatnya yang dialogis berupa percakapan. Arus balik bersifat langsung, komunikator mengetahui tanggapan komunikan ketika itu juga. Pada saat komunikasi dilancarkan, komunikator mengetahui secara pasti apakah komunikasinya positif atau negatif, berhasil atau tidaknya. Jika ia dapat memberikan kesempatan pada komunikan untuk bertanya seluas-luasnya (Sunarto, 2003, p. 13).

Klasifikasi Komunikasi Interpersonal
Redding dalam Muhammad (2004, p. 159-160) mengembangkan klasifikasi komunikasi interpersonal menjadi interaksi yang rapat, percakapan sosial, interogasi atau pemeriksaan dan wawancara.

a. Interaksi rapat termasuk komunikasi di antara  rakan-rakan, anggota keluarga, dan orang-orang yang sudah mempunyai ikatan emosional yang kuat.

b. Percakapan sosial adalah interaksi untuk menyenangkan seseorang secara sederhana. Jenis komunikasi secara bersemuka penting bagi pengembangan hubungan informal dalam organisasi. Misalnya dua orang atau lebih bersama-sama dan berbual tentang perhatian, minat di luar organisasi seperti isu politik, ekonomi, teknologi dan sebagainya.
 
c. Interogasi atau pemeriksaan adalah interaksi antara seseorang yang ada dalam kawalan, yang meminta atau bahkan menuntut informasi dari yang lain. Misalnya seorang karyawan dituduh mengambil barang-barang organisasi maka atasannya akan menginterogasinya untuk mengetahui kebenarannya.

d) Wawancara adalah salah satu bentuk komunikasi interpersonal di mana dua orang terlibat dalam percakapan yang berupa tanya jawab. Misalnya atasan yang mewawancarai bawahannya untuk mencari informasi mengenai suatu pekerjaannya.

1. Pengenalan

Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi juga membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000). Justeru itu, dengan memahami prinsip dan teori komunikasi yang baik dan menggabungkannya dalam praktikal boleh menyelesaikan permasalahan antara rakan-rakan, negara, pengurusan, buruh, guru dan pelajar. Dalam erti kata lain, komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan semua masalah di dunia tetapi boleh menyelesaikan atau mengelak kebanyakan daripada permasalahan tersebut. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti (Mansor et. al 1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar atau tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar.

1.1 Kemahiran Interpersonal

Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Komunikasi berlaku samada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara berdepanan (Fiordo,1990). Komunikasi interpersonal juga diapanggil sebagai komunikasi face to face atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan, saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej, dan tidak balas yang dihasilkan.Tindak balas dala situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera (Mansor, 1984).Komunikasi interpersonal berlaku atas pelbagai sebab, iaitu untuk menyelesaikan masalah, konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin disayangi dan menyayangi (Pearson, 2000).

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia