Posts

Showing posts from 2013

Nota Ringkas SJH 3104 Pengenalan Sejarah Lisan

Pengenalan Sejarah Lisan Terdapat 2 jenis sumber lisan iaitu: 1. Tradisi Lisan - satu sumber yang boleh dirujuk sebagai bahan bukti dalam kajian sejarah - sumber lisan wujud daripada – sastera rakyat (folklore), mitos, lagenda,    cerita asal  usul - diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi - berubah-ubah isi penceritaan akibat tokok tambah dalam fakta - pengkaji perlu berhati-hati kerana terdapat ketidaktulinan fakta 2. Pengertian Sejarah Lisan - konsep sejarah lisan diperkenalkan oleh Allan Nevins (1948) - mengabadikan ingatan dan kenangan yang tidak direkodkan dalam bentuk   tulisan - William Moss – suatu proses menghasilkan sumber-sumber sejarah melalui teknik                            Wawancara, soaljawab yang dibuat di atas pita rakaman - Persidangan Pertama Sejarah Lisan di Lake Arrowhead (1966) – satu cara bagi   mendapatkan keterangan sejarah yang berbentuk lisan menambah dan bukannya   menggantikan sumber-sumber bertulis

Nota Ringkas SJH 3104 Sejarah Lisan (Kritikan Sumber)

Kritikan Sumber Sejarah - usaha penyelidik sejarah untuk mencapai tahap kebenaran sejarah di dalam penggunaan sumber-sumber sejarah yang pelbagai. - satu garis panduan yang dapat membantu penyelidik sejarah melakukan tafsiran terhadap sumber-sumber sejarah. - kritikan sebagai bukti supaya penyelidik sejarah dapat menghasilkan karya sejarah yang berkualiti dan mempunyai ketepatan fakta. - menurut Ernst Bernheim (1889), terdapat dua jenis kritikan sumber iaitu kritikan luar dan kritikan dalam. - Marc Bloch – proses kritikan berpunca daripada sikap sangsi penyelidik sejarah terhadap maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi mengenai peristiwa lampau. i) Kritikan Luar - usaha yang dilakukan oleh penyelidik sejarah untuk mengesan ketulenan atau kesahan sesuatu sumber sejarah. - jalankan beberapa ujian untuk mengesan kesahan sumber iaitu: 1. Ujian Kimia 2. Ujian Bahasa 3. Ujian Tulisan Tangan 4. Ujian Bahan ii) Kritikan Dalam - tugas sebenar penyelidik s

Nota Ringkas SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

I) Tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Sains dan Teknologi 4. Keterampilan Diri 5. Kemanusiaan 6. Perkembangan Fizikal II) Matlamat Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah 1. membolehkan murid memahami tingkah laku manusia 2. sebab dan akibat 3. keunikan sejarah tanah air dan 4. kegemilangan negara bagi 5. melahirkan warganegara yang patriotic dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. III) Objektif (*5 saya pilihan sendiri) 1. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu 2. mengenalpasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah 3. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah 4. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah 5. menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global IV) Fokus Mata Pelajaran Sejarah 1. menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Soalan (Nota) PJM 3101

Soalan Tips PJ 2013 1. Kemukakan bagaimanakah kemahiran pergerakan asas dapat memupuk nilai-nilai kerjasama sosialisasi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Aktiviti kemahiran pergerakan asas dapat memupuk nilai-nilai kerjasana sosialisasi dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah seperti yang dinyatakan dalam kepentingan pembangunan afektif-sosial kanak-kanak. Kerjasama sosialisasi dapat dipupuk melalui pembinaan kumpulan-kumpulan pelaksana secara berpasangan ataupun kumpulan kecil. Interaksi yang berlaku antara murid dengan murid akan mematangkan lagi kemahiran sosialisasi iaitu berinteraksi, bercakap dan berhubung dengan murid-murid lain. Interaksi ini akan memupuk semangat kesukanan, mematuhi peraturan dan menggalakkan keadilan antara sesama. Selain itu interaksi murid dengan guru pula akan menggalakkan perasaan ingin tahu, menghormati guru dan memupuk disiplin yang tinggi. Hal ini akan menjadi asas kepada pembelajaran hidup bersama dengan orang lain dalam sesuatu

Soalan Dan Cadangan Jawapan Murid Dan Alam Belajar EDU 3103

BAHAGIAN B 1. Pengalaman secara langsung boleh memberi makna sebenar kepada proses semulajadi kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih memahami dan menguasai pengetahuan dan kemahiran apabila mereka membuat, mengalami, atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari. a) Nyatakan 2 teknik pengajaran yang boleh dilaksanakan bagi memberi pengalaman secara langsung kepada kanak-kanak. 1. Pembelajaran yang berasaskan aktiviti berpusatkan murid. 2. Pembelajaran melalui proses bermain. b) Jelaskan 3 prinsip pembelajaran semulajadi kanak-kanak oleh John Holt. John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah menyeneraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semulajadi kanak-kanak: 1. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan belajar secara langsung tentang dunia sekelilingnya. 2. Kanak-kanak dengan sendirinya tahu cara hendak belajar sesuatu. 3. Kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir. 4. Ka