Posts

Showing posts from 2014
CARA GURU MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MURID      Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002) . Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.                   Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat patriotisme dalam kala
(PJM 3106) PENGUNCUPAN OTOT  RANGKA Otot rangka tidak semestinya memendek apabila menguncup. (i) Penguncupan isometrik (statik) Menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan statik. Contoh: menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok tetapi dinding tidak dapat bergerak dan otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. (ii) Penguncupan isotonik Fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak dan boleh berlaku secara konsentrik (pemendekan fiber-fiber otot) atau ensentrik. Contoh: penguncupan bisep semasa mengangkat dumbbell. (iii) Penguncupan isokinetik Fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan. Contoh: penggunaan mesin multi-gym. CIRI-CIRI OTOT RANGKA 1. Kebolehujaan ( irritability )
(PJM 3106) SISTEM KARDIOVASKULAR 1. Fungsi (i) Membantu membekalkan oksigen dan mengumuhkan karbon dioksida dari darah. (ii) Sistem peredararan mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru. 2. Struktur dan Fungsi (i) jantung terbina daripada otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh epikardium di permukaan luar dan endokardium di permukaan dalam. (ii) Atrium – ruang penerima darah        Atrium kanan – terima darah kurang oksigen daripada tisu-tisu tubuh.        Atrium kiri – menerima darah kaya oksigen dari paru-paru. (iii) Ventrikal – bertindak sebagai pam yang mengepam darah keluar dari atrium.        Ventrikal kanan – mengepam darah ke paru-paru.        Ventrikel kiri – mengepam darah ke seluruh tubuh badan (iv) Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. (v) Injap atrioventrikular (injap mistal

Latar Belakang Masyarakat Sabah dan Sarawak (Kumpulan Etnik)

1.1   Latar Belakang Masyarakat Sarawak dan Sabah ( Kumpulan Etnik) 1.     Iban -         merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. -        sub etnik masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. 2.     Melanau 3.     Melayu Sarawak 4.     Kedayan 5.     Bisaya 6.     Bidayuh 7.     Dayak 8.     Kelabit 9.     Penan 10.   Punan 11.   Murut 12.   Lunbawang 13.   Kayan 14.   Kajaman 15.   Kiput Kumpulan Etnik di Sabah 1. Dusun/Kadazan - merupakan kumpulan etnik terbesar di Sabah - masyarakat terawal dan dianggap peribumi asli - contoh subetnik: i) Kadazan ( Penampang, Papar) ii) Kimaragang (Ranau, Kota Marudu) iii) Lotud ( Tuaran, Tempasuk) iv) Rungus (Kudat) v) Tatana ( Kuala Penyu)                                                      vi) Idaan vii) Kuijau                                                                              viii) Bundu (Ranau) viiii) Liwan (Tambunan)