Keobjektifan Tufat al-Nafis Karya Raja Ali Haji versi edited.
KEOBJEKTIFAN TUFAT AL-NAFIS KARYA RAJA ALI HAJI Pada pendapat saya, setelah membaca dan mengkaji isi kandungan Tuhfat Al Nafis, saya mendapati pengarangnya, Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji kurang objektif dalam penulisan Tuhfat Al Nafis. Hal ini kerana setelah meneliti kandungan Tuhfat Al Nafis, terdapat beberapa bukti dan beberapa aspek yang menunjukkan pengarang kurang objektif dalam penulisannya kerana penulis mempunyai sentimen pro Bugis. Tema Tuhfat Al Nafis lebih cenderung cerita-cerita raja dan masyarakat Bugis atau lebih dianggap sebagai Bugis-sentrik . Hal ini dapat dilihat apabila pengarang bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau. Pengarang sebenarnya mempunyai hubungkait keturunan dengan kaum Bugis. Dalam hal ini pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan Muda yang kedua iaitu Opu Daeng Celak. Selain itu, pengarang juga memberi anggapan yang negatif terhadap kaum Melayu. “Syahadan apabila dilihat oleh sesetengah suku-suk