Nota Ringkas SJH 3104 Sejarah Lisan (Kritikan Sumber)

Kritikan Sumber Sejarah
- usaha penyelidik sejarah untuk mencapai tahap kebenaran sejarah di dalam penggunaan sumber-sumber sejarah yang pelbagai.
- satu garis panduan yang dapat membantu penyelidik sejarah melakukan tafsiran terhadap sumber-sumber sejarah.
- kritikan sebagai bukti supaya penyelidik sejarah dapat menghasilkan karya sejarah yang berkualiti dan mempunyai ketepatan fakta.

- menurut Ernst Bernheim (1889), terdapat dua jenis kritikan sumber iaitu kritikan luar dan kritikan dalam.

- Marc Bloch – proses kritikan berpunca daripada sikap sangsi penyelidik sejarah terhadap maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi mengenai peristiwa lampau.

i) Kritikan Luar
- usaha yang dilakukan oleh penyelidik sejarah untuk mengesan ketulenan atau kesahan sesuatu sumber sejarah.
- jalankan beberapa ujian untuk mengesan kesahan sumber iaitu:
1. Ujian Kimia
2. Ujian Bahasa
3. Ujian Tulisan Tangan
4. Ujian Bahan

ii) Kritikan Dalam
- tugas sebenar penyelidik sejarah melakukan proses penafsiran ke atas isi-isi sumber yang telah disahkan ketulenannya pada peringkat kririkan luar.
- menapis kandungan sumber bagi menjamin setiap fakta yang diambil adalah daripada sumber yang boleh dipercayai.
- tidak boleh terima fakta secara bulat-bulat untuk mengelakkan berlaku kesalahan fakta.
- masalah – mengesan fakta-fakta yang dianggap tepat dan mempunyai kesahan yang tinggi dalam sejarah.
- sumber lisan – saksi mata, pelaku, individu yang hidup pada zaman tersebut
                         - lakukan tafsiran secara rasional
                         - penyelidik berhak menolak sumber lisan sekiranya bercanggah
                           atau silap dalam fakta sejarah

- buat proses tafsiran:
1. Tafsiran Verbal
2. Tafsiran Teknikal
3. Tafsiran Logik
4. Tafsiran Psikologikal
5. Tafsiran Fakta

Comments

Popular posts from this blog

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia

Can't Stop the Sumazau Lyric by Atama ft Gundohing Ambrose mudi, Johnny Black & Pipi