Soalan (Nota) PJM 3101

Soalan Tips PJ 2013

1. Kemukakan bagaimanakah kemahiran pergerakan asas dapat memupuk nilai-nilai kerjasama sosialisasi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

Aktiviti kemahiran pergerakan asas dapat memupuk nilai-nilai kerjasana sosialisasi dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah seperti yang dinyatakan dalam kepentingan pembangunan afektif-sosial kanak-kanak. Kerjasama sosialisasi dapat dipupuk melalui pembinaan kumpulan-kumpulan pelaksana secara berpasangan ataupun kumpulan kecil. Interaksi yang berlaku antara murid dengan murid akan mematangkan lagi kemahiran sosialisasi iaitu berinteraksi, bercakap dan berhubung dengan murid-murid lain. Interaksi ini akan memupuk semangat kesukanan, mematuhi peraturan dan menggalakkan keadilan antara sesama. Selain itu interaksi murid dengan guru pula akan menggalakkan perasaan ingin tahu, menghormati guru dan memupuk disiplin yang tinggi. Hal ini akan menjadi asas kepada pembelajaran hidup bersama dengan orang lain dalam sesuatu situasi sosial.

2. Jelaskan dengan contoh, bagaimana anda  mengajar dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor supaya dapat merealisasikan konsep:
i) Pergerakan
ii) Kesedaran tubuh badan
iii) Kesedaran ruang
iv) Kualiti pergerakan

3. Kemahiran manipulatif adalah penting bagi murid-murid sekolah rendah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang bebeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.
a) Senaraikan kemahiran-kemahiran asas yang dapat dibina dengan objek gelung rotan.
1. menggolek gelung di atas lantai dengan kedua belah tangan ke arah kiri dan kanan
2. menggolek gelung di atas lantai di sekeliling badan
3. menggolek gelung di atas lantai ke pelbagai arah dalam ruang am
4. menggolek gelung di atas lantai ke arah sasaran seperti tanda di dinding atau antara 2 skitel
5. menggolek gelung di atas permukaan curam

b ) Terangkan aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan gelung rotan.

Lokomotor
Murid boleh melakukan aktiviti berjalan sambil memusingkan gelung rotan dengan tangan. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah berdiri statik dan depakan kedua belah tangan. Ambil gelung rotan dan masukkan ke mana-mana tangan, kiri atau kanan mengikut kesesuaian. Pusingkan gelung rotan dengan menggunakan tangan mengikut arah dan lawan jam. Seterusnya, berjalan secara perlahan-lahan dengan tangan masih didepakan sambil salah satu tangan memusingkan gelung rotan. Apabila sampai ke satu stesen, berhenti dan letakkan gelung secara teratur.

Bukan Lokomotor
Murid-murid boleh melakukan aktiviti twist dengan gelung rotan. Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukan dan diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu pertandingan melakukan twist dikalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang. 

3. Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu serta menyediakan pembelajaran kondusif.

a) Gambarkan ciri-ciri pembelajaran kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Ciri-ciri pembelajaran kontekstual adalah:
i) menghubungkait (relating)
ii) mengalami (experiencing)
iii) mengaplikasi (applying)
iv) bekerjasama (cooperating)
v) memindahkan ( transferring)

b) Kaedah kuliah dan kaedah demonstrasi merupakan dua kaedah biasa yang digunakan dalam konsep pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas. Berikan sebab anda untuk membuktikan fakta ini.

Kaedah Kuliah
Kaedah yang luas digunakan di kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan di dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu, kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada murid-murid atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walaubagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat serta lebih berkesan jika digabungkan dengan teknik lain.

Kaedah Demonstrasi
Kaedah utama yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Demonstrasi boleh digunakan oleh guru, murid atau kumpulan murid. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini, biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

4. Model Bunker & Thorpe



5. Pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak adalah penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Berdasarkan pengalaman anda, kemukakan tatacara sebelum pengelolaan permainan kanak-kanak dilaksanakan.

Sebelum Permainan
1. mengenalpasti waktu yang sesuai untuk melaksanakan permainan.
2. merancang gerak kerja atau aktiviti permainan yang menarik.
3. menentukan tempat atau kawasan (kawasan permainan yang lapang, bersih dan selamat).
4. memastikan peralatan cukup dan sesuai serta menarik perhatian.
5. menyediakan borang-borang catatan.
6. menyampaikan maklumat kepada murid mengenai peraturan dan syarat-syarat permainan.

6. Anda telah mengajar dan mengelolakan permainan kanak-kanak dengan baik tetapi murid masih tidak faham sepenuhnya. Berikan sebab dan cara mengatasi masalah ini.
Faktor pertama murid tidak memahami pengajaran permainan kanak-kanak ialah  penggunaan alatan yang kurang sesuai dengan jenis permainan yang dimainkan. Guru mungkin ingin mengajar permainan bagi kategori sasaran tetapi alatan yang digunakan adalah lebih kepada permainan jenis pukulan dan pemadang. Jadi, kekeliruan telah timbul dalam pelaksanaan permainan ini. Guru boleh mengatasi masalah ini dengan cara memahami dengan sepenuhnya konsep setiap jenis permainan kanak-kanak sebelum mengajar dan mengelolakan permainan tersebut. Dalam hal ini, guru perlu mengajar dan mengelolakan semula permainan tersebut dengan betul supaya murid-murid tidak keliru dengan jenis permainan dan alatan mana yang seharusnya digunakan.

Faktor kedua ialah kesesuaian dan keselesaan tempat ataupun kawasan pelaksanaan aktiviti permainan tersebut. Tempat pelaksanaan aktiviti mungkin tidak sesuai dan tidak selesa membuatkan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik. Oleh itu, sebelum melaksanakan aktiviti, guru perlu memilih kawasan yang benar-benar sesuai untuk pelaksanaan permainan kanak-kanak. Kawasan pelaksaan aktiviti mestilah lapang, selamat dan keluasannya sesuai dengan bilangan kanak-kanak.

Faktor seterusnya ialah kawalan kelas yang kurang baik. Kanak-kanak suka bermain, berlari dan bergurau dengan kawan-kawan mereka. Keadaan ini akan membuatkan suasana menjadi bising dan tidak terkawal. Murid-murid lain yang ingin belajar tidak dapat menumpukan perhatian kerana diganggu oleh kanak-kanak yang lain. Oleh itu, guru perlu memastikan kawalan kelas baik serta berusaha untuk mendisiplinkan murid-murid. Galakkan mereka berbaris, bersopan dan menghormati guru yang mengajar di hadapan.
Murid masih tidak memahami dengan sepenuhnya tentang permainan kanak-kanak kerana terdapat sedikit prosedur pengelolaan yang tidak dijalankan dengan baik. Murid juga tidak faham kerana tentang penerangan konsep permainan susah difahami oleh kanak-kanak serta penerangan tersebut belum sesuai dengan tahap perkembangan kognitif mereka.
7. Berdasarkan model Bunker & Thorpe, penilaian merupakan aspek yang penting dalam Pendidikan Jasmani.
a) Kemukakan kriteria yang perlu diambilkira semasa penilaian permainan kanak-kanak.

8. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada pembinaan kemahiran-kemahiran permainan kanak-kanak. Bezakan dengan contoh penilaian bagi kemahiran melambung, menyepak dan menggelecek.

Esei
1. Cikgu Amir mendapati kekurangan alatan menyebabkan peluang murid-murid bermain amat terhad. Beliau bercadang untuk membuat satu permainan yang membolehkan semua murid berpeluang bermain dengan seronok. Berdasarkan model Bunker & Thorpe, cipta satu kategori permainan kanak-kanak yang lengkap sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

2. Ketika seorang guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani, salah seorang murid telah jatuh dan mengalami kecederaan. Hubungkaitkan kejadian tersebut dengan aspek pengelolaan.
Pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak dirancang berdasarkan tiga peringkat iaitu sebelum permainan, semasa permainan dan selepas permainan. Pengelolaan permainan kanak-kanak perlu dirancang dengan rapi sebelum permainan itu dilaksanakan terutamanya pengurusan dan kawalan kelas. Dalam kes ini, salah seorang murid telah jatuh dan mengalami kecederaan apabila guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.

- mengenalpasti waktu yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

- menentukan tempat atau kawasan permainan yang bersih, lapang dan selamat.

- pastikan kawasan bebas daripada bahan-bahan tajam, berduri, berlubang, objek-objek besar, berbonggol dan sebagainya yang boleh menyebabkan kemalangan.

- menyampaikan maklumat kepada murid mengenai peraturan dan syarat-syarat permainan.

- melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum mengelolakan permainan

3. Bagaimana konsep pembelajaran 5E dapat mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif dan menyesuaikan maklumat yang diterima dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Engage - meransang rasa ingin tahu
- tajuk/konsep/tugasan
- menarik minat murid
- menjana rasa ingin tahu dengan lebih mendalam
- mengajukan soalan
Explore – memenuhi rasa ingin tahu
- menggunakan soalan-soalan untuk mencari dan menyiasat
- membuat ujikaji
- menggalakkan murid-murid bekerjasama
- menggunakan soalan-soalan provokasi
Explain – menerangkan konsep dan maksud istilah/perkataan
- menjelaskan konsep
- penjelasan daripada orang lain
- meminta justifikasi dan penjelasan
Elaborate – meluaskan konsep kepada bidang-bidang lain
- hubungkait konsep/tajuk dengan bidang lain
- membuat hubungkait konsep/tajuk dengan situasi kehidupan sebenar
Evaluate – menilai pemahaman murid
- menunjukkan pemahaman atau pengetahuan tentang konsep/kemahiran
- menilai pengetahuan dan kemahiran murid
- memberi soalan-soalan terbuka

* ada soalan yang tiada jawapan, jadi pandai-pandailah cari noh…;)



Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia