Soalan Dan Cadangan Jawapan Murid Dan Alam Belajar EDU 3103

BAHAGIAN B

1. Pengalaman secara langsung boleh memberi makna sebenar kepada proses semulajadi kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih memahami dan menguasai pengetahuan dan kemahiran apabila mereka membuat, mengalami, atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari.

a) Nyatakan 2 teknik pengajaran yang boleh dilaksanakan bagi memberi pengalaman secara langsung kepada kanak-kanak.
1. Pembelajaran yang berasaskan aktiviti berpusatkan murid.
2. Pembelajaran melalui proses bermain.

b) Jelaskan 3 prinsip pembelajaran semulajadi kanak-kanak oleh John Holt.
John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah menyeneraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semulajadi kanak-kanak:
1. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan belajar secara langsung tentang dunia sekelilingnya.
2. Kanak-kanak dengan sendirinya tahu cara hendak belajar sesuatu.
3. Kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.
4. Kanak-kanak tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesalahan.


2. a) Nyatakan 4 jenis permainan kategori sosial
Permainan sosial bermaksud kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Permainan sosial bermula seawal kanak-kanak mula mengenali persekitaran dan orang lain yang ada di sekelilingnya. Permainan sosial dapat diahagikan kepada jenis-jenis berikut mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.
1. Main Unoccupied (main perlakuan dengan tidak menentu)
2. Main Solitary (main sendirian)
3. Main Onlooker ( main pemerhatian)
4. Main Parallel (main selari)
5. Main Associative (main asosiatif)
6. Main Cooperative (main kooperatif)

b) Terangkan 3 jenis permainan yang boleh meransang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
1. Main Berfungsi
 Main berfungsi melibatkan aktiviti bermain yang berupa gerak balas aktiviti otot. Kanak-kanak bermain alat seperti bola, kotak, kayu atau apa-apa sahaja alat sebagai alat sendiri. Kanak-kanak membaling, melontar, menjatuhkan, mengetuk dan sebagainya. Main berfungsi mempunyai ciri-ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan.


2. Main Konstruktif
Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreaiviti. Contohnya, kanak-kanak membina menara atau rumah daripada bongkah, kereta daripada kotak, istana daripada pasir dan benda kreatif lain.

3. Main Simbolik
Main simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial. Kanak-kanak menggunakan imaginasi dan main peranan dalam jenis permainan ini. Kanak-kanak menggunakan objek lain sebagai mewakili objek sebenar. Contohnya, kotak dilambangkan sebagai kereta, daun dilambangkan sebagai pinggan, tempurung sebagai periuk dan sebagainya. Main simbolik ini termasuk sosiodrama yang melibatkan situasi-situasi tertentu seperti peranan orang dewasa dan persekitaran yang pernah dilalui atau diperhati oleh kanak-kanak.

4. Main Berperaturan
Main berperaturan merupakan permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan. Tingkah laku semasa bermain adalah mengikut batas dan peraturan permainan tersebut. Sekiranya belum ada peraturan, kanak-kanak membina peraturan permainan sendiri secara bersama. Permainan berperaturan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, penyelesaian masalah, mencari alternative, membuat andaian dan merancang strategi di samping kemahiran sosial dan kawalan emosi. Contoh permainan berperaturan ialah, dam ular, domino, sahibba dan monopoli.

3. a) Berikan 3 faktor model pembelajaran Dunn (1978) dan berikan contoh setiap satunya.

1. Rangsangan Persekitaran
Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari radio atau televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat memberi lebih kosentrasi terhadap pelajaran mereka. Beliau juga mendapati individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran . Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan produktiviti seseorang. Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan kerusi.

2. Rangsangan Emosional
Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur. Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri. Arahan yang jelas dan berstruktur mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, namun begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas.
3. Rangsangan Sosiologi
Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Dunn dan Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terus oleh guru kepada pelajar.Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar. Individu yang belajar secara berpasangan adalah individu yang lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang pada kebiasaannya melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian idea-idea tentang cara pembelajaran yang berkesan. Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka menyoal atau mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah pembelajaran. Bagi pelajar yang kurang selesa belajar dengan pelajar yang sebaya dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau orang dewasa.

4. Rangsangan Fizikal
Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan, minuman, waktu belajar dan pergerakan. Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar. Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditif, taktual dan kinestetik.Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka makan dan minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar dapat dikurangkan melalui makan dan minum.



b) Jelaskan 2 implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Setelah mempelajari topik perbezaan individu ini, guru seharusnya mengetahui secara mendalam tentang teori ini dan dengan itu, guru akan dapat merancangkan satu sistem pengurusan bilik darjah yang efektif. Untuk menangani masalah perbezaan murid-murid, guru perlu menjalankan kaedah kumpulan atau pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan kesan murid-murid yang berbeza. Selain itu, guru perlu mengumpulkan murid-murid yang mempunyai kebolehan yang sama dalam kumpulan yang sama supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Untuk murid yang sangat lemah pula, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran individu supaya dapat mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi.
Di samping itu, guru boleh mengembangkan urutan arahan yang mengambil kira urutan sebagai sebahagian proses arahan. Ini ialah pendekatan yang pernah digunakan oleh Bernice McCarthy, pemaju sistem 4Mat. Guru juga boleh menggunakan pendekatan menyediakan kumpulan, sama ada antara kelas atau dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti berhubung dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan atau beberapa ciri lain. Contoh pendekatan arahan ialah kumpulan bilik darjah, pembelajaran koperatif dan arahan yang memberikan ciri khusus kepada sesuatu. Akhir sekali, guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku. Ini ialah pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran masteri.

4. a) Teori kognitif menyatakan bahawa guru memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Nyatakan 3 peranan guru untuk meningkatkan motivasi pelajar.
1. Guru perlu membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan.
2. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipatgandakan usaha mereka.
3. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya.
4. Guru membantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka kepada tahap kejayaan atau kegagalan.
5. Meransang konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.


b) Berikan 2 program motivasi yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah.

1. Motivasi Intrinsik
Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Dengan itu, teknik motivasi intrinsik berkait rapat dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran.
2. Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ini direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk, 2006). Seseorang mungkin tidak menggemari aktiviti itu, tetapi lebih menggemari tentang keuntungan yang diperolehi daripadanya. Ganjaran nyata seperti pujian, hadiah, wang, sijil, markah dan gred akan diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan yang diamanahkan.


BAHAGIAN C
----------------------------------------------------------
1. Topik pembelajaran hari ini ialah graviti. Cikgu Aini telah menyediakan persekitaran pembelajaran inkuiri penemuan dengan pelbagai bahan bantu belajar dan artikel Newton. Dalam situasi di atas, sebahagian guru akan merasakan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme akan mengurangkan terus peranan mereka sebagai penyampai ilmu. Bincangkan.
Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan/pengalaman baru.
- Pelajar sebagai pembina pengetahuan dan bukannya penerima pengetahuan
- Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing.
- Mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberi kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan
Jean Piaget – Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif
- keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat
Asimilasi
Akomodasi

2. Cikgu Ahmad sedang mengajar karangan tentang kemalangan jalan raya. Beliau telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk mencari isi-isi penting. Setiap kumpulan diminta membentangkan isi-isi penting kepada semua pelajar untuk dibincangkan. Bincangkan kekuatan model pembelajaran yang digunakan dalam proses P&P dalam petikan di atas serta apakah prinsip yang boleh diikuti untuk membantu guru menjayakan model pengajaran tersebut? Berikan pendapat anda.


Model Pembelajaran Kooperatif (Slavin, 2005)
- Arends (2001) pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian, kemahiran sosial
- dicirikan dengan tugasan koperatif, matlamat dan struktur ganjaran.
- pembelajaran aktif yang berupaya mengubah situasi pembelajaran yang pasif kepada dinamis serta berpusatkan pelajar
-  pelajar-pelajar dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama
- saling membantu- pelajar lemah dibantu oleh pelajar pandai, pelajar pandai akan menjadi tutor yang menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih dalam tentang topik tersebut
Prinsip-prinsip
1. Kebergantungan positif
- kejayaan individu dikaitkan dengan kejayaan ahli lain.
- semua ahli dalam kumpulan bekerjasama dan saling bergantung untuk mendapatkan markah/gred yang sama
- sistem ganjaran ikut kumpulan, gred pasukan adalah purata gred individu dalam kumpulan tersebut
2. Akauntabiliti
- akauntabiliti terhadap sistem ganjaran- jika seseorang individu mengambil ujian secara individu maka gred secara pasukan diberikan, semua ahli akan merasa akan akauntabilitinya terhadap ganjaran tersebut
- akauntabiliti terhadap tugasan-setiap individu dalam kunpulan ada bahagian tugasan masing-masing
- setiap pelajar bertanggungjawab terhadap bahagian tugasan yang diberikan dari segi pembelajaran, persembahan atau hasil tugasan
- semua ahli dimaklumkan tentang tugasan masing-masing

3. Penglibatan seimbang
- konsep asas dalam pembelajaran koperatif
- penglibatan semua pelajar adalah bahagian terpenting
- pengagihan masa dan tugasan
4. Interaksi bersemuka
- interaksi serentak adalah prinsip terpenting dalam pembelajaran koperatif
- penglibatan aktif diperlukan
- semua pelajar berpeluang berbincang

Strategi: Berpusatkan murid

Teknik: Perbincangan, Sumbangsaran

3. Teori pembelajaran Behaviorisme Skinner menggunakan tikus. Thorndike menggunakan kucing sebagai ujikaji. Keduanya ada persamaan. Bincangkan persamaan prisip-prinsip pembelajaran yang diutarakan oleh kedua tokoh ini dan huraikan bagaimana prinsip-prinsip pembelajaran Behaviorisme dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia