Nota: Ekonomi Burma (Myanmar)

Ekonomi Myanmar bergantung kepada tanah dan perdagangan.Myanmar menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri seperti padi, minyak, sayur, sekoi, garam, periuk belanga dan alat senjata. Tanaman di Hulu Myanmar seperti sekoi, kapas, dan kacang. Pertanian ini berbentuk sara diri. Petani di kawasan hulu menjalankan tanaman campur. 

Kawasan Delta Irrawady menjadi pusat tanaman padi. Walaupun begitu, tanaman padi berkurangan kerana kawasan ini seringkali berlaku perang. Pada pertengahan kurun ke-19, Raja Myanmar melarang mengeksport padi kerana Myanmar menghadapi kekurangan beras. Padi ini dikehendaki untuk bekalan kawasan Hulu Myanmar. Selain itu, kawasan delta in] juga menghasilkan ikan dan garam. 

3. Jalan perhubungan pula melalui sungai, laut, dan jalan darat. Jalan darat menggunakan kereta lembu. Sungai Irrawady menjadi nadi utama penghubungan Hilir Myanmar dengan Hulu Myanmar. Ketika musim hujan, paras air sungai tinggi; ramai pedagang mengambil kesempatan membawa barang dagangan dengan sampan dari kehulu Myanmar. Di antara barangan yang dibawa ialah ikan kering garam,sambal ikan dan beras. Ketika pulang ke hilir, mereka membawa pulang hasil kawasan hulu; di antaranya minyak masak, kapas, gula dan petroleum mentah untuk dijual. 

4. Barangan dagangan dari Shan pula dibawa dengan kereta lembu atau kuda. Baranb barang tersebut ialah guia, plumbum, kacang tanah, lembu, dan ikan. Barangan ini ditukarkan dengan ikan kering, garam, sambal ikan, dan pinang. Seterusnya di kawasan utara berhampiran Bhoma; barangan China dibawa masuk. Antara barangan tersebut ialah sutera, kertas, teh, kacang kering dan berbagai buah-buahan. 

5. Raja mempunyai monopoli ke atas perniagaan kayu jati, batu permata, petroleum dan kapas. Mengikut satu laporan, Raja Bodawpaya hanya mengambil monopoli ke atas batu permata, jenis delima yang besar sahaja. 

6. Ceti memberi pinjaman wang kepada petani yang memerlukan. Kadar faedah yang dikenakan di antara 3-10 peratus sebulan. Walaupun begitu, pada awal kurun ke-19, jarang berlaku petani kehilangan tanah yang disandarkan. 

7. Ketika pemerintahan Raja Mintayagyi (Bodowpaya 1782-1819) menggunakan undang-undang dalam perniagaan awam. Raja Mindon Min (1853-1878), mengenakan cukai keluarga dan cukai pertanian. Cukai keluarga (atau thathameda) ini hitung panjangnya 3 tikal seisi rumah. Namun begitu, pengecualian diberikan kepada seorang yang telah menjalankan kerja raja. Cukai pertanian pula dikenakan ke atas beras, kerbau yang membajak, tembakau, pinang, ikan dan garam. Raja Mindon masih mengekalkan monopoli raja seperti kayu balak, plumbum, kapas, kayu delima dan petroleum. 

8. Raja Mindon juga menggalakkan pembinaan kilang dan mengusahakan perlombongan. Kilang papan, kapas, percetakan, dan pembinaan kapal yang diusahakan gagal. Manakala perlombongan seperti arang batu dan besi diteruskan. Duit syiling yang diperkenalkan oleh Raja Mindon juga gagal. Raja Mindon digantikan oleh Raja Thibaw (1878-1885). 


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia