Soalan Tutorial: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

S: Huraikan dan perincikan kurikulum sejarah sekolah rendah. Bincangkan perkaitannya dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum  adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah memperuntukkan mata pelajaran Kajian Tempatan (KT) di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia.Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang dihasilkan daripada gabungan aspek Sejarah dan Geografi peringkat rendah.Murid-murid wajib mempelajari mata pelajaran ini apabila mereka berada di Tahap 2 iaitu bermula pada Tahun 4 sehingga Tahun 6.Namun begitu, mata pelajaran Kajian Tempatan ini tidak dimasukkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Apabila KSSR diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2011, mata pelajaran Kajian Tempatan telah ditransformasikan kepada mata pelajaran yang lebih khusus iaitu Sejarah.Mata pelajaran Sejarah akan dilaksanakan secara rasmi bermula pada tahun 2014 di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia.Kurikulum Sejarah di sekolah rendah akan memberi penekanan yang khusus kepada sejarah negara selaras dengan dengan kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia celik sejarah di samping menghayatinya.Mata pelajaran Sejarah termasuk dalam mata pelajaran teras di bawah tunjang kemanusiaan.Subjek ini akan diajar kepada murid-murid Tahap 2 dan kurikulum diorganisasikan secara modular.Kandungan mata pelajaran pula disediakan dalam bentuk modul.

Salah satu faktor kurikulum Sejarah sekolah rendah ini diperkenalkan adalah untuk memastikan masyarakat Malaysia mempelajari, mengetahui dan menghayati peristiwa-peristiwa sejarah negara ini.Hal ini demikian kerana, generasi pada masa kini dilihat tidak lagi menghayati sejarah negara yang menjadi dasar utama kepada pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang kita lihat pada masa ini.Kekurangan ilmu sejarah telah menyebabkan perpaduan yang dibina selama ini semakin goyah.Masyarakat juga mula berani mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara yang boleh menggugat ketenteraman negara seperti hak-hak sesuatu kaum, rasisme dan sebagainya tanpa menyedari bahawa bukan mudah untuk membina perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini.Langkah untuk memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi pendedahan awal tentang sejarah di samping memupuk minat untuk mempelajari sejarah sejarah sebagai persediaan di peringkat menengah nanti.

Perubahan dalam sistem pendidikan kebangsaan ini dibuat berdasarkan keperluan semasa yang dilihat penting dalam membangunkan masyarakat abad ke-21 yang holistik, dinamik dan berilmu pengetahuan. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan Kamaruddin Haji Husin (1994), antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam KBSR   ialah   sukatan   pelajaran yang   digubal memberi  penekanan   kepada   aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu, penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat juga menjadi faktor kepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.

               Faktor perubahan sosial juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang mantap mampu mewujudkan sosial yang sihat di kalangan murid. Oleh itu, ia mestilah sentiasa diubah agar sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, faktor perkembangan ilmu serta kepentingannya sangat mendorong ke arah perubahan. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.           Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum  yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Dengan adanya kepastian bahawa perubahan kurikulum sentiasa berlaku, sudah semestinya akan timbul kesan-kesan kepada bakal guru. Antaranya seperti berlaku kejutan budaya dalam proses pengajaran baru. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa bersedia menempuh pembaharuan yang akan terjadi. Di samping itu, guru juga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Guru juga memerlukan sedikit masa untuk memastikan murid-murid terbiasa dengan perubahan kurikulum ini. Proses komunikasi juga akan menjadi sedikit bermasalah kerana perubahan bahasa perantaraan yang jelas. Ini juga akan memakan masa bagi murid serta guru menyesuaikannya. Ia bukan proses yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
 

2. Apakah rasional kurikulum Sejarah dengan KSSR?

Kurikulum Sejarah diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran pula disediakan dalam bentuk modul yang kendiri lengkap (self contained).Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid.Mata pelajaran Sejarah pula dimasukkan dalam dalam tunjang kemanusiaan yang lebih kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai patriotisme dalam kalangan murid.Standard kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia