Sem 3 PPISMP: Bahasa Melayu Kontekstual

1.0. Pendahuluan
Komunikasi amat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia.Manusia selaku agen perubahan sosial biasanya tidak dapat hidup secara bersendirian dan memerlukan manusia lain untuk berinteraksi dalam melakukan setiap urusan harian sama ada yang bersifat formal ataupun tidak formal.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjelaskan maksud ataupun definisi komunikasi tetapi ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana perlu dilihat dalam pelbagai perspektif dan fungsi komunikasi itu sendiri.Istilah komunikasi itu sendiri sangat abstrak dan mempunyai pelbagai tafsiran.

Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin, communiatus yang bermaksud berkongsi sesuatu.Dalam pengertian ini, jelaslah bahawa komunikasi ini adalah perkongsian untuk mewujudkan satu persefahaman dengan orang lain semasa berinteraksi.Takrif mudah bagi komunikasi yang dilihat daripada perpekstif penyebaran ialah komunikasi merupakan proses pemindahan maklumat, pemikiran, sikap dan emosi daripada seseorang kepada penerima dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif penyebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak bersifat sehala.Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas.

Mengikut takrif yang dikemukakan oleh Wilbur Schramn (1971) beliau melihat komunikasi itu sebagai saru perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat.Daripada pelbagai definisi yang telah diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna.

Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat.Gejala keruntuhan rumah tangga, kegagalan segelintir murid menguasai kemahiran 3M, kadar kemalangan jalan raya yang tinggi pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi yang berkesan dicapai.

Kewujudan salah faham dan kekeliruan akibat komunikasi yang tidak berkesan boleh mengagalkan hasrat dan aspirasi keluarga, bangsa dan negara.Oleh itu, penguasaan kemahiran 4M iaitu mengetahui, memahami, menghargai, dan menghormati sangat penting untuk mencapai hubungan baik antara penyampai dan penerima.

(a) Mengetahui
Mengetahui latar belakang individu penerima untuk mencari titik               persamaan yang boleh memudahkan proses komunikasi.
(b) Memahami
Memahami minat, nilai dan cara berfikir penerima.Ini boleh mewujudkan suasana yang lebih mesra dan selesa di antara si penyampai dan si penerima.
(c) Menghargai
Memberikan penilaian yang positif terhadap tingkah laku dan maklum balas yang diterima daripada oleh orang lain.Contohnya, sebagai guru, banyakkan amalan memuji kepada murid-murid supaya  merasa usaha mereka dihargai.
(d) Menghormati
Sikap saling menghormati antara manusia tidak kira usia dan status penting kerana manusia mempunyai hati dan perasaan.Contohnya, guru berhak menghormati muridnya yang lebih muda supaya mereka lebih berani mengemukakan hujah-hujah yang bernas dan meyakinkan.
                     
                        1.0.1 Takrif Komunikasi Interpersonal
Komunukasi interpersonal berlaku apabila kita berkomunikasi dengan orang lain dan berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang lain membalas secara terus antara satu sama lain.Komunikasi seperti ini kebiasaanya berlaku dalam bentuk dialog dan bercirikan tolak ansur lisan, atau verbal.Komunikasi interpersonal biasanya berlaku jika ada dua atau lebih orang berinteraksi dalam satu masa.

Menurut Devito (1989), komunikasi interpersonal adalah penyampaian maklumat oleh satu orang dan penerimaan maklumat oleh orang lain atau sekelompok kecil orang, dengan pelbagai kesannya dan dengan peluang untuk memberikan maklum balas segera.Pada hakikatnya komunikasi interpersonal adalah komunikasi antara penyampai dengan penerima, komunikasi jenis ini dianggap paling efektif dalam keberkesanan mengubah sikap, pendapat atau perilaku seseorang, karena sifatnya yang dialog dan secara langsung dapat menyampaikan maklumat ataupun teguran kepada seseorang itu.

Proses komunikasi ini bukan sahaja melibatkan penyampai dan penerima tetapi juga melibatkan medium lain seperti media teknologi seperti telefon, video ataupun radio untuk bertukar-tukar maklumat.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pula, biasanya guru akan banyak menggunakan komunikasi interpersonal untuk berinteraksi dengan murid-muridnya.Contohnya, guru memberi penerangan dan bersoal jawab dengan murid-murid di dalam kelas.Seseorang guru haruslah menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik kerana kualiti pengajaran seseorang guru itu dinilai melalui caranya berkomunikasi dengan murid-murid.Oleh itu, ada yang melihat komunikasi interpersonal ini sebagai ‘people process rather than a language process.’

                        1.0.2 Takrif Komunikasi Intrapersonal
Komunikasi intrapersonal berlaku apabila kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri ataupun komunikasi yang berlangsung dalam diri individu.Komunikasi tahap ini lebih kepada memproses dan mentafsir data yang mentah dan membuat keputusan.Komunikasi ini juga memberikan tumpuan kepada pemahaman ingatan dan interpretasi terhadap simbol-simbol lengakap yang diterima oleh panca indera manusia.Komunikasi intrapersonal ialah proses perolehan maklumat yang merangkumi empat tahap iaitu:
(a)
Sensasi
Proses pencerapan segala maklumat melalui panca indera.
(b)
Persepsi
Mentafsir pengamatan dan membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sedia ada.
(c)
Memori
Satu proses penyimpanan maklumat.
(d)
Berfikir
Aktiviti mengingat kembali dan bertindak atas maklumat.
Jadual 1: Proses perolehan maklumat (sumber: Buku Bahasa Melayu Konstektual,2012)

 1.1 Ciri-ciri Komunikasi
        Komunikasi yang berkesan ialah komunikasi yang bukan sekadar bercakap, tetapi mampu mencapai titik persamaan makna dan persetujuan.Dalam proses komunikasi, manusia bukan sekadar ingin menyampaikan sesuatu maklumat, tetapi juga memahami apa yang disampaikan oleh penyampai.
        Dalam konteks di bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).
            Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

 1.1.1 Ciri-ciri Komunikasi Interpersonal
Antara ciri-ciri komunikasi interpersonal adalah:
(a) Mempunyai penyampai sebagai punca sesuatu maklumat, emosi, idea dan pendapat.
(b) Ada penerima maklumat yang hendak disampaikan yang boleh terdiri daripada individu, ataupun dalam bentuk kumpulan individu.
(c) Ada maklumat yang hendak disampaikan.Maklumat ini boleh dalam bentuk kata-kata, tulisan, gambar, lagu dan sebagainya.
(d) Ada saluran ataupun medium penyampaian sesuatu maklumat seperti telefon, televisyen dan komputer.
(e) Ada maklum balas yang diterima oleh penyampai daripada si penerima.Reaksi yang mungkin ditunjukkan oleh penerima ialah memberikan maklum balas positif, memberikan maklum balas yang tidak sesuai dan mungkin tidak memberikan sebarang maklum balas.
(f) Terdapat gangguan-gangguan tertentu yang menghalang pencapaian persefahaman antara penyampai dengan penerima terhadap maklumat yang cuba disampaikan.Komunikasi yang berkesan ialah terdapatnya kesefahaman antara penyampai dan penerima, keseronokan pada setiap individu semasa proses komunikasi, pengaruh yang oleh mengubah sikap seseorang, dapat memperbaiki hubungan dan menimbulkan tindak balas ke atas maklumat yang diterima.

 1.1.2 Ciri-ciri Komunikasi Intrapersonal
Antara ciri komunikasi intrapersonal adalah seperti berikut:
(a)
Berlaku secara satu hala
Komunikasi dalam bentuk ini hanya melibatkan seseorang individu sahaja.Seseorang itu akan bercakap dengan diri sendiri dan hanya dirinya yang tahu dan memahaminya.
(b)
Penyampai juga berperanan sebagai penerima maklumat
Komunikasi jenis ini tidak memerlukan individu kedua.Justeru, penyampai juga boleh menerima maklumat yang disampaikan.
(c)
Maklumat yang disampaikan bersifat peribadi dan khusus
Kebiasaanya maklumat yang bersifat peribadi lebih kepada sifat ataupun rahsia individu tersebet.Contohnya, kesalan, kemarahan dan kehampaan.
(d)
Wujudnya proses sensasi
Proses pencerapan, pemprosesan dan analisis segala informasi melalui panca indera.
(e)
Berlakunya persepsi
Proses mentafsir pengamatan dan membuat konklusi berdasarkan pengalaman sedia ada.
(f)
Disimpan dalam bentuk memori
Berlaku apabila proses penyimpanan segala maklumat yang diterima.
(g)
Berfikir
Bertujuan untuk mengimbas kembali perkara yang telah belaku dan pada masa yang sama berfikir untuk bertindak atas informasi yang ada.
Jadual 2: Ciri-ciri komunikasi intrapersonal (sumber: Buku Bahasa Melayu Konstektual,2012)





1.2 Pola Keselarasan Vokal
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan vokal seperti yang berikut:
Bil.
        Suku
  Kata Praakhir
Suku Kata Akhir
       Tertutup

Contoh Perkataan
  1
           a
            a
asah, balak, halaman
  2
           a
            i
alih, balik, sumbangsih
  3
           a
            u
asuh, datuk, lembayung
  4
           e (pepet)
            a
emas, kelam, tembeling
  5
           e (pepet)
            a
lebih, betik, sembelih
  6
           e (pepet)
            u
telur, tempuh, temenggung
  7
           e (taling)
            a
elak, dewan, belerang
  8
           e (taling)
            e (taling)
leceh, gelek, selekeh
  9
           e (taling)
            o
esok, telor, selekoh
 10
            i
            a
ingat, kilang, selinap
 11
            i
            i
intip, sisih, belimbing
 12
            i
            u
riuh, tidur, tembeliung
 13
            o
            a
otak, borang, selekoh
 14
            o
            e (taling)
oleh, boleh, celoteh
 15
            o
            o
obor, borong, kelompok
 16
            u
            a
ubat, gudang, ketupat
 17
            u
            i
usik, lukis, gerusih
 18
            u
            u
untuk, tunduk, tengkujuh
Jadual 3: Pola keselarasan vokal (sumber: Buku Tatabahasa Dewan)

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.Prinsip keselerasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat berikut:
(a) Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.
(b) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tetutup.
(c) Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselerasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir.

1.2.1 Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal

Bil.

Pola
                        Contoh Perkataan
Bahasa Nusantara
Bahasa Inggeris
1
a - e (taling)
aneh, awet, kaget
kabarel, panel
2
a - o
calon, lapor
atom, kontraktor
3
e (pepet) – e (taling)
gembleng

4
e (pepet) - o
jempol, bendok
gabenor, interkom
5
i – e (taling)
imlek
parlimen, simen, tiket
6
i - o
ijon, pilon
diftong, transistor
7
u – e (taling)
tulen, ulet
subjek, dokumen
8
u - o
lelucon, buron
kupon, konduktor
9
a – e (pepet)
pakem
teater
10
e (taling) - i

hipotesis, objektif
11
e (taling)

petroleum, spektrum
12
e (pepet) – e (pepet)
demdem, pepet

13
i – e (pepet)
iseng
artikel, filem, partikel
14
o - i

fosil, hipokrit
15
o - u

bonus, forum
16
u – e (pepet)
lumer
skuter
Jadual 4: Pola kekecualian keselarasan huruf vokal (sumber: Buku Bahasa Melayu Konstektual,2012)


         Kekecualian kepada peraturan keselarasan huruf vokal berlaku pada beberapa perkataan pinjaman daripada bahasa-bahasa Nusantara dan bahasa Inggeris.Pola kekecualian yang menyimpang daripada keselarasan tersebut, iaitu sebanyak 16 pola seperti yang diperlihatkan pada jaual di atas.
                                                       
 1.3 Halangan Komunikasi
       Terdapat andaian yang mengatakan bahawa seseorang itu masih faham apa yang diperkatakan oleh orang lain selagi kita bercakap dalam bahasa yang sama.Jika difikirkan dengan teliti, andaian ini tidak boleh diterima secara terus kerana jika benar, kenapa masih berlaku salah faham, prasangaka dan kegagalan untuk memahami sesuatu perkara dan kekeliruan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
       
Dalam konteks pendidikan di sekolah, keciciran murid dalam penguasaan 3M dan masalah disiplin masih berlaku dan tidak dapat ditangani.Ada segelintir murid yang masih tidak memahami pengajaran guru-guru di sekolah, walaupun sudah berkali-kali diterangkan di bilik darjah.Selain itu, segelintir murid juga masih melakukan masalah disiplin walaupun diingatkan dan ditegur oleh guru disiplin setiap kali perhimpunan.Masalah ini juga memberi kesan emosi dan stress kepada para guru apabila mereka gagal untuk mendidik dan mengubah anak murid mereka.
      
Dalam proses komunikasi, berlaku pelbagai fasa dalam proses pembentukan, pengiriman, penerimaan dan pentafsiran maklumat.Gangguan yang berlaku dalam setiap fasa ini menyebabkan pembentukan gangguan dalam komunikasi seperti kandungan maklumat tidak difahami, maklumat yang tidak tepat dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap penerima.Oleh itu, halangan komunikasi boleh ditakrifkan sebagai sesuatu keadaan di mana maklumat yang disampaikan oleh si penyampai tidak difahami dan tidak memberi kesan kepada si penerima.Banyak  faktor yang dikenalpasti menyebabkan halangan komunikasi, namun hanya tiga faktor utama yang dibincangkan iaitu faktor penyampai, faktor penerima dan faktor persekitaran.

 1.3.1 Faktor Penyampai
           Gangguan komunikasi dari aspek penyampai berpunca dari pelbagai sebab.Sebagai seoarang individu yang terdidik dalam persekitaran akademik, nilai-nilai murni, agama dan budaya sudah pasti mempunyai pengaruh yang besar dalam cara berfikir, bertindak dan pengamalan cara hidup.Sekiranya latar belakang sosiobudaya seseoarang itu selari dengan dengan sosiobudaya yang lebih luas maka penyerapan budaya itu menjadi mudah tetapi jika wujud perbezaan dalam pengertian budaya tersebut maka berlakulah salah faham, konflik dan kekeliruan yang membawa kepada masalah komunikasi.
          
Dalam konteks ini, kita akan mengambil contoh seorang guru sebagai penyampai.Biasanya guru yang berasal dari bandar, hidup dalam lingkungan sosiobudaya masyarakat Melayu yang beragama Islam, sudah pasti akan membawa dalam dirinya budaya tersebut walau ke mana sekalipun dia dihantar bertugas.Masalah berlaku apabila guru tersebut dihantar mengajar di pedalaman, di sekolah yang murid-muridnya seratus peratus anak orang Asli suku Jahai.Kegagalan guru memahami pantang larang mereka seperti hukum sayid misalnya telah menyebabkan kes anak Orang Asli enggan hadir ke sekolah.Perbezaan budaya juga boleh menyebabkan gangguan makna atau semantik.Ini berlaku apabila penyampai tidak mempunyai kesefahaman pendapat berhubung makna yang dimaksudkan.Contohnya perkataan gatal  disebut ‘gatai’ dalam bahasa lisan oleh penutur di Perak dan Kedah membawa maksud ketidakselesaan pada kulit tetapi bermaksud ketam dalam kalangan masyarakat orang Asli.Masalah seperti itu juga kerap berlaku di Sabah dan Sarawak apabila sesebuah sekolah menerima guru dari Semenanjung.Perbezaan dialek bahasa Melayu yang dituturkan menyebabkan murid-murid kurang memahami apa yang disampaikan oleh guru tersebut.
       Gay (1978) mendakwa bahawa kepentingan mengenal sosiobudaya yang berbeza dalam kalangan murid dapat membantu guru untuk:
(a) Mengenal pasti gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk murid-muridnya.
(b) Memudahkan komunikasi antara guru dan murid.
Sekiranya guru memahami dan mengenal pasti sosiobudaya murid-muridnya, maka mudahlah seseorang guru itu menyampaikan pengajarannya.
          Selain itu, guru sebagai penyampai yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup menyebabkan kekurangan maklumat pada isi kandungan pengajaran yang hendak disampaikan.Penguasaan ilmu pedagogi dan perbendaharaan kata yang lemah serta pengetahuan semasa yang kurang menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan kepada murid tidak jelas dan mantap.Sementara itu, faktor fizikal seseorang guru itu juga menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan  kurang difahami oleh murid.Contohnya seorang guru wanita yang mengajar sekumpulan murid seramai 40 orang dengan suara yang halus dan hampir tidak kedengaran.Sudah tentulah semua pelajar tidak mendengar apa yang disampaikan oleh guru tersebut.Gaya percakapan yang terlalu laju atau terlalu perlahan juga menyebabkan kesukaran untuk memahami apa yang dikatakan dan seterusnya membawa kepada kegagalan komunikasi.

 1.3.2 Faktor Penerima
        Penerima boleh jadi seorang individu ataupun sekumpulan individu.Sama seperti penyampai, penerima juga mempunyai halangan dalam berkomunikasi ataupun halangan menerima maklumat dari penyampai.Sering kali berlaku pelbagai tafsiran terhadap maklumat yang diterima oleh si penerima daripada si penyampai.Walaupun penyampai dan mesejnya sama tetapi maksud yang diberi berbeza-beza mengikut tafsiran si penerima.Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor.
      
Salah satu faktornya ialah persepsi seseorang itu terhadap maklumat yang diterima.Perbezaan persepsi mungkin disebabkan oleh pengalaman masa lalu, pengetahuan sedia ada dan nilai hidup persekitaran.Sementara itu, penerimaan dan pemahaman murid di dalam bilik darjah terhadap pengajaran guru adalah berbeza.Guru akan menerima pelbagai jawapan dari murid terhadap soalan yang sama.Ini disebabkan oleh persepsi murid itu terhadap maklumat yang diterima sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau gambar yang kemudiannya ditafsirkan mengikut pesepsi seseorang murid itu.Persepsi juga bergantung kepada kecekapan murid itu untuk menerima, memilih dan bertindak balas terhadap ransangan yang diterima.
      
Selain itu, bahasa dan budaya juga mempengaruhi penerimaan maklumat dalam proses komunikasi.Sama seperti penyampai, penerima juga mempunya masalah pemahaman makna terhadap maklumat yang diterima.Sistem pendidikan moden menuntut murid supaya berfikiran lebih terbuka, berani mengeluarkan pendapat, mampu bertegang urat dengan guru demi mempertahankan prinsip dan kebenaran amat digalakkan.Akan tetapi, bagi masyarakat Orang Asli di pedalaman, tingkah laku sepeti bercakap kuat dan bertentang mata dengan orang yang lebih tua atau orang yang dilawan bercakap merupakan perbuatan biadab yang bertentangan dengan budaya mereka.
       
Sementara itu, emosi penerima sewaktu berkomunikasi turut mempengaruhi keberkesanan komunikasi.Maklumat yang diterima dalam keadaan tenang dan gembira membawa kepada reaksi yang lebih positif.Penerimaan seseorang yang emosinya tidak begitu baik sudah pasti tidak dapat menerima mesej dengan jelas.Contohnya,seorang murid yang sakit di dalam bilik darjah tidak akan dapat menerima pengajaran yang disampaikan dengan berkesan.
        Sebagai penerima, deria mata dan telinga amat penting untuk menerima mesej yang dihantar oleh penyampai.Sekiranya mesej yang dihantar dalam bentuk lisan, deria telinga mesti mampu berfungsi dengan baik untuk mendengar dan memahami maklumat tersebut.Begitu juga dengan deria mata apabila melihat gambar dan grafik.Murid yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan sudah pasti mempunya masalah untuk menerima maklumat.Oleh itu, kesihatan deria tersebut sangat penting untuk membolehkan kita menerima maklumat yang disampaikan dengan berkesan dan seterusnya masalah komunikasi sedikit sebanyak dapat diatasi.

  1.3.3 Persekitaran
       Persekitaran di mana berlakunya proses komunikasi turut mempengaruhi keberkesanan komunikasi.Sebagai contoh, kita akan mengalami gangguan komunikasi apabila berinteraksi di tempat yang bising terutama di kawasan pasar malam, deruman kenderaan di jalan raya yang bertali arus, suasana bilik yang bising dengan bunyi muzik dan sebagainya.Selain itu, suhu tempat ataupun bilik yang panas sudah pasti menimbulkan suasana pembelajaran yang tidak selesa.Suasana bilik darjah yang panas dan tidak kondusif menjejaskan tumpuan murid-murid untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru.Keadaan bilik darjah yang padat dan sesak membuatkan murid merasa tidak selesa dan akhirnya tidak mampu menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
      
    Setiap manusia tidak terlepas daripada terlibat dalam komunikasi.Kita berkomunikasi pada setiap masa dan waktu untuk menyampaikan maklumat dan pada masa yang sama turut menjadi penerima maklumat dari orang lain.Oleh itu, jadikan komunikasi itu sebagai satu aktiviti yang berkesan dan berfaedah kerana hanya komunikasi yang berkesan dapat mencapai hasrat dan tujuan kita tercapai dalam proses komunikasi tersebut.








Comments

  1. mohon jadikan rujukan yer... tq :)

    ReplyDelete
  2. mohon jadikan sebagai rujukan

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas jasa baik pengarang. Boleh mnta sumber rujukan?

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas karangan yang hebat, boleh minta sumber rujukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia